Polis Perak rampas dadah bernilai RM440,550
PARIT BUNTAR – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian merampas dadah jenis ganja, Pil WY dan Methamphetamine bernilai RM440,550 yang mampu digunakan oleh 47,000 penagih.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, empat suspek berusia antara 19 hingga 41 tahun turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah kereta di Jalan Ban Tanjung Piandang semalam.
“Hasil pemeriksaan menemui dan merampas dadah dipercayai ganja seberat 5,461.75 gram bernilai RM17,050. Susulan penahanan empat suspek itu, polis sekali lagi membuat pemeriksaan di lokasi yang sama dan menemui sebuah beg galas berzip.
“Pemeriksaan menemui pil WY seberat 6416.02 gram dan dadah jenis methamphetamine seberat 2084.75 gram yang dianggarkan bernilai RM423,500. Kesemua dadah dirampas dianggarkan bernilai RM440,550,” katanya di sini hari ini.
Jelas beliau, hasil saringan air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis THC dan Methampetamine selain kesemua suspek mempunyai jenayah rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah.
“Mereka ini mula aktif sejak Jun lalu dan dadah yang dirampas dipercayai untuk dijual di negeri ini. Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source