Galak bergoyang lepas ramping, Fasha Sandha jawab tuduhan
PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha menafikan dakwaan sebilangan pihak bahawa dirinya kini terlalu menggeletis menari disebabkan tubuhnya yang semakin ramping.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, memberikan bukti dalam bentuk video mengenai aktiviti menari yang sudah dimulakan sejak dulu tanpa mengira saiz tubuh badannya.
“Semalam ada beberapa komen mengatakan apabila sudah kurus saya terus berjoget. Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat saya tetap berjoget.
“Tetap bahagia dan gembira dulu dan sekarang. Jadi, fakta yang mengatakan saya berisi terus berbeza itu tidak tepat ya.
“Saya tetap sama. Kalau sister (kakak) ada masalah hati, mungkin tidak berapa suka dengan pencapaian saya,” katanya dalam hantaran Instagram.
Perkongsian tersebut dibuat susulan kenyataan seorang netizen seolah-olah mengatanya tiada perasaan malu kepada keluarga mertua apabila kini semakin rancak berjoget dalam media sosial.
Pelakon asal Johor Bahru itu mengakui lebih suka menjadi diri sendiri selain berharap tiada sesiapa menilai sesama manusia.
“Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Sebab berjoget?
“Pada saya tidak perlu malu untuk jadi diri sendiri. Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik tetapi bersifat munafik serta hipokrit.
“Tiada sesiapa pun sempurna di dunia ini. Tiada siapa layak untuk menghakimi sesiapa pun,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pelakon filem Anak Halal itu memaklumkan dirinya seorang periang tidak kisah apa pun jua bentuk badannya.
“Seketul Fasha Sandha adalah manusia yang sentiasa gembira tidak kira gemuk atau berisi saya tetap joget.
“Tiada masa untuk sunting gambar atau video mahu jadikan saya kurus dalam foto atau video,” jelas pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 itu.
Sebelum ini, Fasha terpaksa menurunkan berat badan secara maksimum kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dirinya kurus mendadak.
Dia juga menafikan dakwaan segelintir pihak tubuhnya kini langsing adalah disebabkan menjalani prosedur bariatrik atau potong usus. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source