Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memerintahkan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora diberikan kepada pelakon, Diana Danielle.
Memetik Kosmo, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata anak guamnya mendapat hak jagaan penuh dan turut dipersetujui bersama oleh Farid Kamil.
BACA: Tiada Air Mata Mengalir, Diana Danielle Doakan Terbaik Buat Farid Kamil
“Semuanya telah diselesaikan secara baik hari ini dan semua perjanjian antara kedua belah pihak telah dijadikan terma-terma mahkamah.
“Hari ini adalah untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik termasuk yang lain-lain isu termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu, selepas ini tiada apa-apa lagi.
“Hak penjagaan dapat kepada ibu. Lain-lain terma adalah sulit manakala terma lain kita dah selesaikan secara global (menyeluruh),” katanya.
Sementara itu, Diana enggan mengulas lanjut mengenai hak penjagaan anak yang menjadi miliknya kerana peguamnya yang akan berkongsikan perkara tersebut.
“Saya tiada apa nak cakap mengenai prosiding hari ini. Benda yang sama sahaja. Pihak peguam saya yang akan kongsi semuanya,” katanya yang hadir hari ini.
Terdahulu, Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama pada 23 Mac lalu.
Pada 10 Ogos lalu, rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu/
Farid melafazkan talak menerusi panggilan video berikutan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source