Tiada status ‘dua darjat’ antara media – Fahmi
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memberi jaminan tiada mana-mana media dikenakan tindakan sekatan dalam menyokong kebebasan media.
Fahmi berkata, ini termasuk meletakkan status ‘dua darjat’ antara media rasmi dengan media lain yang berdaftar di bawah Jabatan Penerangan.
Jelasnya, beliau mengambil pendekatan terbuka dan semua media berhak bertanya soalan kepadanya tanpa sekatan.
“Itu adalah jaminan dan pada masa sama kita tidak boleh benarkan kalau ada maklmat salah atau fitnah termasuk menyentuh aspek 3R untuk dimainkan mana-mana pihak.
“Walaupun ada kebebasan media, tetapi kita tidak bebas untuk fitnah atau menyebar maklumat salah,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran #DemiNegaraku & Home of Kids Campaigns anjuran Astro, hari ini.
Mengulas mengenai sekatan terhadap laman web TV Pertiwi, beliau memberitahu akan berhubung dan mendapatkan maklum balas dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Bagaimanapun, Fahmi berkata, media berkenaan sedang dalam siasatan polis dan pihak SKMM secara prosedurnya tidak boleh memberikan sebarang komen memandangkan siasatan sedang berjalan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source