2,500 penduduk merana hidu bau air kumbahan
JOHOR BAHRU – Seramai 2,500 penduduk Pangsapuri Desa Melayu di sini terpaksa ‘menutup hidung’ selama bertahun-tahun selepas berlaku limpahan air kumbahan berpunca daripada kerosakan loji rawatan kumbahan di kawasan berkenaan.
Penduduk mendakwa, masalah itu telah berlarutan sejak enam tahun lalu, namun tiada tindakan penyelesaian diambil pihak berkuasa untuk mengatasi masalah berkenaan.
Kerosakan loji rawatan kumbahan yang terletak kira-kira satu kilometer dari pangsapuri itu telah menyebabkan sistem pembetungan najis di rumah penduduk tersumbat hingga menyebabkan air kumbahan melimpah keluar.
Pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk Pangsapuri Desa Melayu, Mohd. Ali Mohamed Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf fasiliti di kediaman berkenaan, namun belum dilaksana.
“Kita berharap pihak berwajib dapat usahakan untuk membaiki masalah ini secepat mungkin, jika perlukan masa lama carilah satu inisiatif jangka pendek. Mungkin boleh sedut air najis keluar agar tidak terus bertakung di bawah blok seperti sekarang.
“Masalah ini sudah berlarutan terlalu lama dan ia menjejaskan kehidupan masyarakat di Pangsapuri Desa Melayu ini. Masalah ini bukan sahaja bau busuk dan menjijikkan, malah telah menyebabkan kawasan sekitar pangsapuri menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada pemberita.
Seorang penduduk, Suhaimi Hussin berkata, masalah itu telah menyebabkan kehidupan harian masyarakat terganggu.
“Ini sudah dikira sebagai masalah pencemaran, jangan kata penduduk, orang luar yang masuk ke kawasan ini pun rasa tidak selesa dengan bau busuk yang sangat kuat,” jelasnya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source