HLC Malindo setuju sinergi hubungan Malaysia, Indonesia perlu diperkasa
PETALING JAYA – Malaysia dan Indonesia bersetuju dalam memberikan penekanan agar sinergi hubungan Malaysia dan Indonesia diperkasa dan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
Perkara itu dipersetujui bersama menerusi Mesyuarat Ke-17 Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Malindo antara Malaysia dan Indonesia, di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan secara bersama oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Yudo Margono.
Markas ATM Bahagian Hal Ehwal Awam dalam kenyataan berkata, mesyuarat tahunan itu dilaksanakan atas pengukuhan hubungan diplomasi ketenteraan dan pertahanan serta semangat persahabatan antara dua negara.
Menurutnya, tujuan utama pertemuan tersebut adalah sebagai landasan kepada semua ahli HLC Malindo untuk bertemu secara rasmi bagi membincangkan isu keselamatan di sepanjang kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia.
“Perkara utama yang dibincangkan sepanjang merangkumi perkembangan semasa aspek kerjasama di bidang operasi dan perisikan, latihan dan pendidikan serta kerjasama kepolisian dan sosial-ekonomi.
“Secara keseluruhan, Pengerusi Bersama Malaysia dan Indonesia berpuas hati dengan laporan yang dibentangkan dan berharap segala keputusan yang dimuktamadkan dapat dilaksanakan sebaiknya demi manfaat kedua-dua negara,” katanya hari ini.
Justeru, kedua-dua Pengerusi Bersama bersetuju dalam memberikan penekanan agar sinergi hubungan Malaysia dan Indonesia perlu diperkasa dan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
“Sikap hormat menghormati dan bertoleransi dalam pelbagai aspek kerjasama harus dijadikan sebagai asas utama dalam setiap interaksi yang dilaksanakan.
“Kita berharap agar kerjasama yang holistik ini mampu memberikan impak yang positif serta mendatangkan pelbagai faedah bukan sahaja untuk kedua-dua negara, malah di seluruh kawasan serantau,” ujarnya.
Tambah kenyataan itu, kedua-dua Pengerusi juga memberi penekanan agar semua badan-badan di bawah HLC Malindo terus berusaha mencari peluang baru dalam pelbagai bentuk kerjasama dengan lebih produktif.
“Ini bagi menyediakan kedua-dua negara dalam menghadapi ancaman situasi keselamatan yang semakin dinamik, mencabar dan tidak menentu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source