Pelbagai Bantuan Diberi, Ini Senarai Manfaat Untuk M40
Siapa jer tak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang ini kan? Bukan kata B40, M40 pun berhadapan cabaran getir ketika ini.
Pun begitu, kerajaan tidak hanya duduk diam. Biarpun golongan M40 sering disalah anggap sebagai kumpulan yang lebih berkemampuan, kerajaan tetap memberikan bantuan supaya golongan ini boleh merasa kehidupan lebih selesa.
Apa Maksud M40 Sebenarnya?
Kelas pertengahan di Malaysia merupakan golongan M40 atau Middle 40%. Golongan B40 dan M40 berbeza dari segi jumlah pendapatan dan bantuan yang mereka layak untuk pohon.
Selain golongan B40 yang selalu mendapat pelbagai bentuk bantuan, kini kerajaan turut memberi perhatian kepada golongan M40 yang sama terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini. Siapa cakap golongan ini dianaktirikan? Nanti kita senaraikan manfaat yang golongan M40 dapat okay!
Senarai Manfaat Untuk M40
1. Pas My50
Pas My50 bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang yang memanfaatkan hampir 180,000 pengguna. Untuk info anda, My50 adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.
Untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.
2. Pas myBAS50
Bagi pas myBAS50 adalah untuk perjalanan tanpa had bagi warganegara Malaysia terutama warga Johor Bahru menaiki semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.
3. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023.
– Diskaun 20 peratus untuk penyelesaian penuh jumlah hutang tertunggak.
– Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah hutang tertunggak ATAU pembayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus mengikut jadual pembayaran balik.
– Diskaun 5 peratus apabila pembayaran dibuat melalui aplikasi myPTPTN.
4. Pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak 2 mata peratusan untuk golongan dengan pendapatan tahunan antara RM35,000 dan RM100,000, memanfaatkan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.
5. Pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan yang telah dinaikkan hadnya daripada RM8,000 kepada RM10,000 mulai tahun taksiran 2023. Skop pelepasan juga diperluas meliputi kos rawatan pemulihan bagi anak kurang upaya pembelajaran seperti Autisme, Down Syndrome dan Specific Learning Disabilities terhad kepada RM4,000.
6. Perluasan skop pelepasan cukai premium insurans nyawa dan takaful hayat meliputi caruman sukarela KWSP sehingga RM3,000.
7. Peningkatan keupayaan dan program kemahiran untuk anak muda meraih gaji yang lebih bermakna:
– Tanggungan bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.
– PERKESO juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.
– Pelaksanaan program latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp).
8. Elaun mobiliti sebanyak RM500 untuk pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin dan RM1,000 untuk pencari kerja yang mendapat pekerjaan dan melibatkan penghijrahan jarak jauh dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.
9. Pengekalan tarif elektrik kepada semua pengguna domestik.
10. Pelepasan kebankrapan serta merta bermula 1 Mac 2023 bagi kes-kes kecil (< RM50 ribu) bertujuan untuk memberi peluang kedua.
11. Dividen tambahan bagi pencarum ASB dengan simpanan kurang RM30,000, iaitu melibatkan 87 peratus ahli.
Jumlah had pelaburan individu bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ditingkatkan kepada RM300,000 bagi mengalakkan simpanan masa tua dan meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera.
12. Pelepasan cukai sehingga RM3,000 kepada ibu bapa bagi menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan TADIKA yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemberian yuran subsidi taska sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada penjawat awam. Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000.
13. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
14. Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.
Pelbagai ikhtiar dilakukan untuk meringankan beban sara hidup M40. Antaranya pengurangan kadar cukai individu bagi meningkatkan pendapatan boleh guna serta program-program peluang pekerjaan.
Beberapa galakan perniagaan juga turut disediakan bagi M40 yang menceburi bidang keusahawanan termasuk pelbagai bentuk pembiayaan serta program latihan dan peningkatan kemahiran.
Memang tidak dapat dinafikan ada jer daripada kumpulan M40 ini memiliki komitmen tinggi dalam perbelanjaan harian dan hutang pinjaman yang kadang-kadang membuatkan mereka terbeban. Tapi, jangan risau sebagai pembayar cukai yang setia, golongan M40 dapat semua manfaat yang ditawarkan.
Untuk lebih info, anda boleh terus layari belanjawan.mof.gov.my/manfaat/ bagi mendapatkan semua maklumat terkini mengenai pelbagai manfaat dan bantuan lain yang diberikan Kerajaan Perpaduan.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source