Penalti tak gugat kemenangan Verstappen di Belgium
BELGIUM – Max Verstappen meraih kemenangan buat kali kelapan berturut-turut sejurus menawan perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium sekali gus mengukuhkan cengkaman dalam misi memburu gelaran ketiga Formula Satu (F1) musim ini.
Pada perlumbaan di Litar Spa-Francorchamps tersebut, Verstappen yang memulakan saingan di petak keenam akibat penalti kotak gear tidak berdepan sebarang masalah apabila mendominasi perlumbaan itu biarpun pelumba Ferrari, Charles Leclerc memulakan saingan petak utama.
Lebih menarik, pelumba pasukan Red Bull tersebut meraih kemenangan 1-2 selepas rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez menamatkan perlumbaan di podium tempat kedua.
“Saya tahu kami mempunyai jentera yang hebat, ia hanya tentang bertahan di selekoh utama,” kata Verstappen.
Dalam pada itu, Leclerc yang menamatkan saingan tempat ketiga akur dengan keputusan tersebut selepas menyifatkan Red Bull kini memiliki jentera lebih baik.
“Saya fikir mereka (Red Bull) mempunyai jentera perlumbaan jauh lebih baik daripada kita. Semestinya bagus untuk memulakan saingan dipetak hadapan dan memberi kita peluang besar untuk meraih keputusan lebih baik.
“Tetapi untuk mengatakan meraih kemenangan, saya fikir ia terlalu optimistik. Jika ada peluang, saya akan cuba untuk mendapatkannya. Tetapi saya percaya sukar untuk meninggalkan pasukan Red Bull kerana mereka memiliki jentera yang sangat baik,” tegas Leclerc. -AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source