Penyeludup lompat keluar tinggal lori bawa 1.69 juta batang rokok seludup
RANTAU PANJANG – Seorang penyeludup bertindak nekad untuk melarikan diri apabila melompat keluar dari lori dipandunya yang membawa sebanyak 1.69 juta batang rokok seludup bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kampung Gunung, Bachok dekat sini pada Isnin lalu.
Suspek melakukan tindakan berani itu selepas menyedari lori yang dipandunya diekori oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kira-kira pukul 5 pagi.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya menjalankan intipan selama seminggu untuk mengesan kegiatan penyeludupan sebelum menjalankan serbuan terhadap lori itu.
Menurutnya, menyedari lori dipandunya diekori pihak berkuasa, lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu memecut laju kenderaan tersebut.
“Anggota JKDM terus mengejar lori terbabit sebelum pemandunya dilihat melompat keluar dari kenderaan tersebut yang ketika itu masih bergerak.
“Pemandu lori itu kemudiannya melarikan diri sebelum kenderaan tersebut terbabas ke dalam semak. Pemeriksaan di dalam lori itu menjumpai sebanyak 1.69 juta batang rokok yang bernilai RM591,500 tanpa kiraan cukai,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, siasatan mendapati, rokok-rokok itu disyaki diseludup dari negara jiran melalui laut.
Menurutnya, modus operandi penyeludup kebiasaannya menggunakan sebuah kapal besar yang membawa rokok seludup yang berhenti di tengah laut.
“Selepas itu, bot-bot kecil akan berulang-alik memunggah rokok seludup yang akan didaratkan di kawasan Pantai Melawi, Bachok.
“Siasatan mendapati, rokok-rokok tersebut akan diedarkan untuk pasaran sekitar di Lembah Klang. JKDM masih melakukan siasatan untuk mengesan pemilik lori tersebut,” katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source