Tersilap tempah seluruh hotel semasa bercuti
LONDON – Seorang wanita yang mahu membawa keluarganya bercuti tidak menyangka dia sebenarnya menempah keseluruhan sebuah hotel kecil di Pulau Bali baru-baru ini, lapor portal berita MailOnline semalam.
Jasmine Gordon dari Somerset, Britain menyangka dia menempah sebuah kediaman yang sesuai untuk tujuh ahli keluarganya melalui perkhidmatan syarikat penyewaan kediaman, Airbnb.
Namun, wanita itu diberitahu bahawa apa yang dianggapnya sebagai sebuah rumah baru-baru ini sebenarnya adalah hotel. Seluruh hotel itu adalah untuk kegunaan Jasmine dan keluarganya selama seminggu.
Dia berkata: ‘Mereka (hotel itu) mempunyai kakitangan sepenuh masa, pengawal keselamatan, tukang masak, dan kereta golf untuk membawa anda bersiar-siar.
“Ia sangat besar untuk Airbnb tetapi agak kecil untuk hotel, setiap bilik mempunyai kunci pada pintu dan mesin kopinya sendiri.
“Kami hanya bertujuh dan premis itu mempunyai kapasiti menempatkan 18 orang.”
Wanita yang merupakan pengurus pemasaran media sosial itu mengaku bahawa saiz hotel itu agak besar ketika keluarganya mula-mula tiba.
Dia berkata: “Terdapat sebuah restoran di sana dengan tukang masak yang memasak setiap hari sehingga pukul 11 malam dan anda boleh memesan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.”
Bagaimanapun, jumlah sewa hotel itu tidak didedahkan. – Agensi
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source