11,416 orang dapat kerja menerusi portal MYFuture Job tahun lalu
KULIM – Program MYFuture Jobs yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dapat memberi impak yang besar kepada pencari kerja.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, program tersebut berjaya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini seterusnya mengurangkan masalah pengangguran.
Katanya, sepanjang tahun 2022, seramai 11,416 orang telah berjaya dibantu mendapat pekerjaan di seluruh negara menerusi portal MYFutureJobs.
“Bagi Januari hingga 14 Julai 2023 pula, seramai 3,138 orang telah berjaya memperoleh pekerjaan di Kedah.
“Saya amat berharap penganjuran Karnival Kerjaya MYFutureJobs yang sedang berlangsung ini dapat mencapai angka lebih tinggi dan memberi manfaat sebesar-besarnya kepada rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian karnival berkenaan dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Kedah 2023 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.
Sementara itu, kata Sivakumar, menerusi temu duga khas yang diadakan, seramai 12,345 individu yang berusia 40 tahun ke atas berjaya dibantu bekerja semula di seluruh negara.
Ujarnya, jumlah itu direkodkan sejak Januari hingga 14 Julai tahun ini dan percaya lebih ramai lagi akan mendapat pekerjaan menjelang hujung tahun ini.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 478 orang berusia 40 tahun dan ke atas berjaya dibantu bekerja semula di negeri Kedah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source