Mindef, JPA bincang selesai perbezaan amaun pencen veteran
KUALA SELANGOR: Kementerian Pertahanan mempunyai pilihan cadangan untuk dibincangkan antara kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan perbezaan amaun pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum dan selepas 1 Januari 2013.
Menterinya, Adly Zahari berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa sesi mesyuarat dan mempunyai beberapa cadangan yang dikemukakan.
“Kita sentiasa mencari opsyen (pilihan) baharu supaya dapat meningkatkan lagi mutu kehidupan anggota tentera ATM pada masa depan.
“Semua aspek itu akan dilihat kerana apa yang lebih penting kini mereka yang berpencen (selepas 2013) juga boleh menerima bantuan sara hidup,” katanya ketika ditemui pada Program Peduli dan Sembang Santai Persatuan Veteran ATM Peringkat Selangor, hari ini.
Pada 14 Julai lalu, JPA memaklumkan akan menyemak semula perbezaan amaun pencen antara veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan yang bersara mulai 1 Januari 2013 susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memaklumkan bayaran pencen pegawai awam bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012 manakala pencen pegawai awam bersara mulai 2013 pula dikembalikan kepada amaun asal ketika bersara.
Ia selepas Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 tidak sah, bermakna undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi penyelarasan pencen.
Dalam pada itu Adly memaklumkan, kementeriannya sentiasa prihatin dalam memastikan golongan veteran sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya walaupun sebahagian mereka membawa isu tersebut ke mahkamah.
“Pelbagai bantuan disediakan kerajaan kepada golongan itu termasuk menyediakan bantuan sara hidup. Jika ia (pendapatan pesaraan) tidak mencukupi, kita boleh menambah dengan bantuan sebagai menyelesaikan masalah mereka yang tidak berkemampuan meneruskan kehidupan.
“Kita serahkan mahkamah dan sentiasa akur dengan apa jua keputusan itu kelak,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source