Wujudkan ‘Menu Rahmah’, Ini Antara Kerjaya Politik Allahyarham Salahuddin Ayub
Semalam, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya sendiri, Fatihah Salahuddin menerusi hantaran di laman Facebook pada jam 9.23 malam.
Difahamkan, Salahuddin mengalami pendarahan otak dan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Pemergian Allahyarham telah meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat Malaysia. Jom kami kongsikan pencapaian kerjaya dan politik Salahuddin dalam negara.
Kerjaya Allahyarham
1. Pegawai kewangan di MUI Bank (1980)
Sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada tahun 1983, Salahuddin merupakan seorang pegawai kewangan di MUI Bank pada tahun 1980.
2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (21 Mei 2018 – 24 Februari 2020)
Allahyarham pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
3. ADUN Simpang Jeram Muar (2018-2022)
Datuk Seri Salahuddin Ayub merupakan Ahli Parlimen Pulai, Johor merangkap ADUN Simpang Jeram Muar.
4. Ahli Parlimen Pulai (2018-kini)
Beliau merupakan calon parti Pakatan Harapan yang bertanding di parlimen P161 Pulai, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15. Beliau turut memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 33,174 undi.
5. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (2022)
Salahuddin kini dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan telah mewujudkan inisiatif Menu Rahmah iaitu jualan makanan dengan harga yang rendah.
Malah, insitiaf tersebut telah mendapat sambutan positif daripada rakyat Malaysia dan membantu golongan susah dan miskin untuk menjamu selera di restoran.
Akan kami teruskan legasi RAHMAHmu.
Damailah di sana, Al-Fatihah. pic.twitter.com/JXc5MbqR6o
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 24, 2023
Sumbangan dan jasa Allahyarham Salahuddin akan sentiasa dikenang rakyat Malaysia. Al-Fatihah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘643302570797058’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source