60 peratus projek luar bandar Sarawak di bawah agensi URDA kini siap
KUCHING: Lebih daripada 60 peratus projek infrastruktur asas melibatkan jalan raya dan bekalan air bersih di kawasan luar bandar Sarawak kini siap di bawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA).
Pengerusinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun tidak menafikan buat masa ini terdapat beberapa kontraktor yang menjalankan projek di bawah agensi itu, menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan.
“Lebih daripada 60 peratus siap, tetapi mungkin ada yang beberapa bermasalah, yang satu adalah bekalan air. Oleh kerana sebab-sebab tertentu, ini sedang ditangani dan diperhalusi dan saya difahamkan, mungkin sebelum akhir tahun ini kita akan tender semula.
“Tetapi, beberapa projek berjaya dilaksanakan projek jalan dan sebagainya, pada masa sama kita akui juga ada beberapa projek tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna hingga beberapa kontraktor ditamatkan kerja.
“Justeru URDA tegas dengan kontraktor yang tidak dapat memenuhi kewajipan mereka iaitu tidak dapat melaksanakan projek dengan sempurna mereka ini ingin sangat menyertai tender, mendapatkan tender, tetapi tidak dapat menyiapkan projek jadi URDA dari sekarang ke hadapan tegas dengan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-5 URDA, di Hotel Imperial Kuching di sini.
Memandang serius kepada hal tersebut, Nanta menegaskan kontraktor yang melaksanakan tidak boleh menganiayai rakyat yang memerlukan projek penting, lebih-lebih lagi projek melibatkan sosioekonomi dan pembangunan seperti infrastruktur bekalan air dan jalan raya.
Dalam perkembangan yang sama, Nanta turut mendedahkan sebanyak 26 projek pembinaan sedang giat dijalankan, termasuk dalam proses tender.
“Sekarang kita ada 26 projek dalam pembinaan, 19 jalan raya, dan tujuh keseluruhan projek bekalan air, dan ada empat projek bekalan air dalam proses tender dan beberapa projek fizikal telah berjaya disiapkan dan dilaksanakan.
“Inisiatif ini penting buat rakyat kita yang duduk di luar bandar memerlukan pendapatan lebih daripada mereka dapat sekarang, sebab itu kita tumpukan masa depan program, selain meneruskan program untuk melaksanakan pembinaan infrastruktur asas, tumpu perhatian kepada sosioekonomi iaitu program meningkatkan pendapatan isi rumah,” jelasnya.
URDA ialah sebuah agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Sarawak yang ditubuhkan pada 12 Julai 2017 untuk memacu pembangunan di kawasan meliputi Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mabong, meliputi 41,186 kilometer persegi. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source