Skim PZB mudah, jadi pilihan rakyat Malaysia
PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan zakat pendapatan sebanyak RM45 juta melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini.
Ketua Pengawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman berkata, kempen tersebut menyasarkan kira-kira 9,500 pembayar di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Skim PZB merupakan antara saluran pembayaran yang menjadi pilihan masyarakat, 68 peratus daripada jumlah kutipan zakat itu datangnya daripada pemotongan gaji.
“Jadi masyarakat Islam memilih untuk membuat pembayaran secara pemotongan ini sebab mudah dan konsisten dari segi jumlah kutipan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya lagi, kempen tersebut turut menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian dua orang ke Balkan, serta masing-masing enam unit Iphone 15, Slim Fluffy Dyson Vacuum, Sony WH-1000Xm5 Headband, syiling Emas 999.9 dan Perfect
“Pembayar zakat PPZ-MAIWP turut dilindungi Skim Kafarah Muzakki atau skim khairat kematian. Sekiranya berlaku kematian ke atas pembayar, waris akan menerima sumbangan wang sehingga RM3,000. Pembayar membuat potongan gaji zakat serendah RM50 setahun secara automatik layak menerima skim ini,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, katanya Skim PZB adalah saluran bayaran zakat yang terbaik dalam memastikan bayaran zakat yang konsisten dan selamat serta tidak membebankan apabila tiba hujung tahun.
Malahan katanya, Malaysia satu-satunya negara yang mendapat 100 peratus rebat cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan boleh diselaraskan dengan potongan cukai bulanan (PCB).
“Kami menyeru majikan dan syarikat-syarikat di luar sana agar menggalakkan potongan gaji zakat dalam Kalangan Kakitangan mereka. Majikan sendiri juga boleh mendapat pengembalian semula wang zakat melalui Skim Wakalah untuk dimanfaatkan semula kepada kakitangan yang kurang berkemampuan.
“Kempen ini terbuka kepada semua pembayar zakat melalui saluran Skim PZB sama ada pembayar baharu atau pun yang menambah jumlah potongan zakat,” katanya.
Beliau berkata, cara penyertaan adalah dengan mendaftar Skim PZB secara dalam talian melalui laman sesawang ptg.zakat.com.my atau secara manual dengan mengisi borang di kaunter PPZ-MAIWP di Kuala Lumpur dan Putrajaya atau melalui majikan. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source