Keputusan DAP dapat tamatkan segala spekulasi – Kon Yeow
GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yakin keputusan kepimpinan DAP yang menamakan beliau sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat menamatkan segala spekulasi dan desas-desus berkaitan isu berkenaan.
Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, dengan tamatnya spekulasi itu, seluruh jentera parti dapat memberikan sepenuh fokus dan bersatu tenaga untuk menghadapi PRN nanti.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada parti kerana telah membuat keputusan ini ekoran daripada pelbagai desas desus, keputusan yang lebih awal ini dapat menghentikan segala spekulasi tentang isu ini.
“Maka dengan terhentinya spekulasi seluruh jentera dapat memberi fokus, menggembleng tenaga serta bersatu bagi menghadapi PRN, dan bukan dilemahkan semangat perjuangan dengan ketidaktentuan yang terhasil kerana desas desus sedemikian,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri pembukaan rasmi Commerz Trade Services Sdn. Bhd. (CTS) di GBS @ Mayang, di Bayan Baru, di sini.
Semalam, DAP bersetuju untuk menamakan Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua pada PRN yang akan berlangsung bulan depan.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan berkata, keputusan menamakan Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua dibuat Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP.
Menurut Kon Yeow, walaupun pelbagai desas-desus berlaku mengenai siapa calon Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau merasa tenang dan lapang sepanjang dua minggu ini.
“Keputusan yang dibuat ini juga amat saya hargai dan ia adalah satu lagi permulaan cabaran seterusnya adalah menghadapi PRN dan saya berharap dapat memimpin gabungan PH-BN dalam PRN ini untuk menyakinkan rakyat bahawa kita adalah kerajaan yang pro rakyat, pro perpaduan, pro pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Tambahnya, beliau berharap semua jentera parti dapat bersatu dan menerima keputusan pimpinan DAP, malah keputusan menamakan beliau sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang turut disokong oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source