26,000 belia jadi nelayan, elak didominasi warga asing
KANGAR: Kira-kira 26,000 atau 30 peratus daripada keseluruhan 87,000 adalah golongan belia yang berdaftar di bawah persatuan nelayan di seluruh negara.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, penglibatan golongan belia
sebagai nelayan muda adalah sangat penting kepada sektor perikanan negara.
Katanya, kewujudan lebih ramai golongan nelayan muda juga amat penting bagi memastikan sektor perikanan tidak direbut dan didominasi oleh warga asing.
“Difahamkan, jumlah sebenar nelayan muda di negara ini sebenarnya mungkin melebihi 30,000 namun mereka tidak berdaftar kerana tidak memiliki lesen nelayan.
“Kita juga ingin melihat lebih ramai golongan muda dan belia aktif menceburi bidang yang mencabar ini kerana ia memerlukan kekuatan fizikal yang ada pada mereka,” katanya ketika ditemui pada Program Rahmah Mesra Madani di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan di sini hari ini.
Tambah beliau, LKIM juga sedar beberapa isu yang membelenggu golongan muda terutama daripada segi kekangan modal, pinjaman bank, pemilikan lesen dan sebagainya.
“Bagi tujuan pemilikan lesen nelayan, LKIM akan cuba membantu memudah cara golongan nelayan muda memiliki lesen walaupun ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan.
“Sebenarnya, nelayan muda iaitu golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun mempunyai banyak faedah termasuk pinjaman modal daripada Koperasi Belia Negara (Kobena) untuk memulakan perniagaan atau menambah modal,” katanya.
Katanya lagi, golongan belia boleh menyertai persatuan nelayan kerana lebih banyak peluang boleh dimohon termasuk mendapatkan enjin atau sampan secara percuma.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source