SMART SBB bantu kurangkan kebergantungan beras import
BACHOK: Pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) menjadi alternatif terbaik dalam membantu negara mengurangkan kebergantungan terhadap beras import.
Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Azman Mahmood berkata, sejak diperkenalkan program itu pengeluaran hasil padi sudah melebihi 50 peratus.
Menurutnya, melibat kepada perkara itu pihak kementerian menyasarkan peningkatan purata hasil padi daripada 3.75 kepada 7 hingga 10 metrik tan per hektar bagi setiap pesawah dalam tempoh dua tahun.
“Jika kita mampu hasilkan 7 hingga 10 metrik tan per hektar, kita tidak lagi perlu bergantung kepada negara luar untuk import beras, malah boleh eksport.
“Pelaksanaan SMART SBB ini juga menggalakkan penanaman padi secara sistematik yang sebelum ini dijalankan secara individu,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Smart SBB Ala Sekinchan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak di Masjid Surau Bator, di sini hari ini.
Azman memberitahu, penggunaan jentanam (transplanter) menjadi salah satu usaha meningkatkan hasil padi supaya menjadi lebih tinggi dan berkualiti.
“Program ini bukan sahaja membantu penanaman padi secara lebih sistematik dengan menggunakan internet kebendaan (IoT), malah ia juga memudahkan pengurusan rumpai, penyakit dan perosak.
“Setakat ini, kita sudah lancarkan lebih 11,000 hektar tanaman padi seluruh negara kecuali Melaka dan Johor dengan penglibatan 5,000 pesawah,” ujarnya.
Dalam perkembangan, Azman berkata, pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan seorang profesor daripada Indonesia untuk memperkenal benih padi yang hanya ambil masa 75 hari untuk dituai.
Katanya, dengan adanya varieti benih padi berkenaan, ia dapat membantu melaksanakan penanaman padi tiga kali setahun.
“Sekarang ini, kita menggunakan benih padi biasa seperti varieti MR219, MR297 yang mengambil maasa 105 hari untuk dituai.
“Jangka masa panjang menyebabkan kita hanya mampu tanam dua kali setahun atau sesetengah tempat hanya sekali setahun, tapi dengan varieti ini kita jangka mampu tanam tiga kali setahun (semusim)” katanya.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source