Taman Muzikal Di Chorus Setia EcoHill 2 Hidupkan Suasana Tenang Lagi Mendamaikan
Apabila kita memikirkan tentang konsep perumahan yang ideal, kita pasti membayangkan sebuah kawasan yang memiliki keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Inilah yang ditekankan oleh Setia EcoHill 2 melalui moto mereka iaitu “Where Life is Greener.”
Setia EcoHill 2 merupakan perbandaran hak milik kekal yang terletak di Semenyih, Selangor. Dikelilingi oleh alam semula jadi dan suasana hijau, Setia EcoHill 2 menawarkan hartanah kediaman terbaik yang terdiri daripada rumah teres dua tingkat dan rumah berkembar.
Lebih menarik lagi, laluan ke pusat bandar juga sangat mudah melalui Lebuhraya Kajang Seremban.
Menawarkan kediaman yang dikelilingi oleh alam semula jadi dengan lebih daripada 80 ekar kawasan hijau dan taman. Ia memiliki lapan taman ikonik dengan tema yang berbeza, yang menampung lebih daripada 300 spesies flora dan fauna.
Terdapat juga lebih daripada 10,000 pokok yang ditanam di kawasan perbandaran ini, menambah kehijauan dan keindahan landskap sekitarnya. Selain itu, tanah seluas seluas 17 ekar diperuntukkan khas untuk Taman South Creek manakala 18 ekar pula adalah untuk Taman Adventure Park, yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk penghuni dan pelancong.
Cuba bayangkan, di Adventure Park, anak-anak anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti berbasikal gunung atau mungkin anda sendiri yang mahu ‘healing’ sambil dipeluk kemas alam semula jadi, inilah lokasi terbaik untuk anda.
Sebati Dengan Alam
Tiga landskap utama yang menjadi tumpuan iaitu Wetlands, Woodlands, dan Highlands di Setia EcoHill 2 ternyata memberi pengalaman yang berbeza dan lebih menarik lagi, ketiga-tiga keajaiban alam ini disatukan melalui susunan landskap yang sangat menakjubkan.
Rumah teres 2 tingkat hak milik kekal berukuran 22′ x 70′ iaitu Chorus merupakan salah satu hartanah yang mampu membuatkan anda tidak mahu keluar dari ‘kepompong’ Setia EcoHill 2.
Terinspirasi daripada tema muzik, Chorus memperkenalkan penghuni kepada cara hidup harmoni di dalam perbandaran yang serba lengkap dan lestari.
Kami konsgikan dengan anda maklumat lengkap berkaitan Chorus seperti di bawah:
Jenis: Rumah Teres 2 Tingkat
Harga: Bermula dari RM683,000 RM 683,000* (Tertakluk Terma & Syarat)
Bilik: 4 Bilik Tidur + 4 Bilik Air
Pegangan: Bebas
Keluasan Tanah: 22′ x 70′
Keluasan Bangunan: Dari 2,080 hingga 2,159 kaki persegi
Selain itu, lokasi Setia EcoHill 2 ini juga menyediakan laluan mudah untuk anda yang berulang alik ke Kajang, Cheras, Bangi, Putrajaya, Seremban dan Kuala Lumpur melalui lebuh raya LEKAS, PLUS Highway, SKVE dan juga SILK Highway.
Terhad hanya kepada 99 unit sahaja, setiap rumah teres 2 tingkat ini turut dilengkapi dengan Kekunci Pintu Digital dan di bawah kawalan keselamatan 24 jam.
Tanpa yuran tempahan, rumah yang dijangka siap pada suku kedua 2025 ini turut menawarkan sifar wang pendahuluan, sifar caj untuk SPA, Perjanjian Pinjaman dan juga Memorandum Pemindahan. Bagi anda yang berat jiwanya bersama alam sekitar, mungkin inilah rumah yang anda cari selama ini.
Selain itu, kediaman di Chorus juga mempunyai unit-unit yang menghadap taman, suatu pemandangan yang cukup indah lebih-lebih lagi di pagi hari. Selain itu mereka juga memberikan insentif kemasukan sehingga RM43,000 dan mampu membuatkan penghuni jimat sehingga RM184,000.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Setia EcoHill 2 atau hubungi 03-8724 2255 sekarang.
SETIA ECOHILL WELCOME CENTRE
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 9.00am – 6.00pm
Sabtu/Cuti Umum: 10.00am – 6.00pm
Alamat:
Kelab 360, No. 1, Persiaran Ecohill Barat,
Setia Ecohill, 43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source