Pemilik McLaren ‘QPA1’ sudah beri keterangan – Polis
KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan yang tular menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaan mewah jenis McLaren sudah tampil memberikan keterangan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, suspek diambil keterangan oleh pegawai penyiasat di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.
“Kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Kuala Lumpur.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta bantuan polis untuk mengesan suami seorang pelakon dikenali sebagai Opai untuk hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Turut dilaporkan, Opai sepatutnya hadir untuk dirakam keterangan selepas dikesan menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ pada McLaren miliknya yang bukan nombor sebenar.
Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang dipetik berkata, suami pelakon berkenaan masih berada di Kuala Lumpur dan dianggap mencabar JPJ kerana tidak menghadirkan diri selepas notis temu siasat dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source