“Soal Hukum Tanya Je Suami Neelofa” – Cium Mulut Jebat Dalam Foto Raya, Noor Nabila Ditegur Cara Didik Anak
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut Khamis lalu, selebriti dan artis tempatan masing-masing mengambil peluang merakam foto kenangan bersama ahli keluarga untuk tatapan peminat.
Tidak ketinggalan juga buat kakak kepada Noor Neelofa, Noor Nabila yang berkongsi momen pagi hari raya korban bersama anaknya, Jebat Jayden.
Isteri kepada ahli perniagaan Engku Emran itu yang memakai busana hitam dan Jebat yang menggayakan baju melayu dengan tema yang sama kelihatan segak dan cantik keduanya.
Namun, terdapat satu foto di mana Nabila mencium bibir Jebat telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Seorang individu telah tampil memberi teguran buat Nabil dan meminta agar perbuatan itu dihentikan memandangkan Jebat sudah pun meningkat dewasa.
Ada netizen bersetuju dengan pendapat individu itu namun kebanyakan menganggap bahawa setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam mendidik anak masing-masing.
Malah, individu itu meminta agar Nabila merujuk kepada suami Noor Neelofa memandangkan reputasi lelaki itu sebagai pendakwah selebriti.
Sekadar info, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sebelum bercerai.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.
Setelah itu, Noor Nabila bernikah sekali lagi dengan ahli perniagaan, Engku Emran dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source