Karak sesak 35km, ramai balik kampung sempena Aidiladha
PETALING JAYA – Trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak sepanjang 35 kilometer (km) ekoran pertambahan kenderaan sempena perayaan Aidiladha, esok.
Menurut Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Twitter, kesesakan itu bermula dari sebelum Plaza Tol Gombak sehingga ke Lentang.
Bagi laluan LPT 2, trafik dilaporkan masih tinggi manakala di LPT 1, keadaan lancar di kedua-dua hala.
Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan bagi arah utara melibatkan laluan Bukit Lanjan ke Plaza Tol Rawang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Gopeng dan Sg. Bakap ke Bandar Cassia.
“Untuk arah selatan, trafik turut perlahan dari Bangi ke Nilai, Seremban ke Senawang dan Ayer Keroh ke Hentian Kg. Bemban,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source