Tular Beberapa Video, Inspektor Sheila Dah Digantung Tugas! Ada Lapan Kertas Siasatan Dibuka
Selepas beberapa videonya tular di media sosial, seorang pegawai polis wanita yang kini menjadi bualan hangat, Inspektor Sheila dilaporkan sudah digantung tugas.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pegawai polis wanita itu ditahan sejak minggu lalu dan arahan tersebut berkuat kuasa sehinggalah proses siasatan ke atasnya selesai.
Tambahnya, setakat ini ada dua kertas siasatan polis dibuka ke atasnya, masing-masing mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun yang sama.
Proses merakam percakapannya pula sudah pun diambil pada 18 Jun yang lalu dan kedua-dua kertas siasatan itu kini sudah dirujuk ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ) Bukit Aman, pada 19 Jun.
Pada masa sama, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait kes yang dihadapinya.”
Enam kertas siasatan tatatertib itu adalah berkaitan beberapa video yang tular dalam kejadian di Taman Sri Gombak dan juga ketika dia bertengkar dengan orang awam di kawasan parkir.
Terdahulu, Inspektor Sheila mengundang kecaman ramai warganet selepas tularnya beberapa video dan dua daripadanya mempamerkan dia merendah-rendahkan anggota polis bawahan.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source