Duit Belum Cukup Untuk Kahwin Dengan Dr Azra, Azri Iskandar Terpaksa Tangguh Nikah Lagi
Pelakon Azri Iskandar terpaksa menangguhkan perkahwinannya bersama kekasih hati, Dr Azra Diera sekali lagi kerana belum cukup dana yang dikumpul.
Kata bekas suami Ellie Suriaty itu, mereka berdua masih belum ada tarikh muktamad untuk majlis nikah dan tidak mahu berkongsi kerana bimbang akan tertangguh lagi.
Jelas pelakon berusia 55 tahun itu lagi, selain isu kewangan, dia dan pasangan juga masing-masing sedang sibuk menguruskan hal kerja mereka.
Belum sampai masanya lagi…terpaksa tunda sebab terlalu sibuk. Saya pun masih dalam proses kumpul duit lagi.”
Dia juga memaklumkan akan berkongsi tarikh hari bahagia mereka secara rasmi apabila kedua-dua mereka sudah betul-betul bersedia.
Dalam pada itu, Azri memanjatkan kesyukuran hubungan bersama Azra dalam keadaan baik-baik dan kini sudah hampir setahun mengikat tali pertunangan.
Semuanya berjalan dengan baik, kami tidak pernah bergaduh dan tak ada apa-apa isu.”
Azri dan Azra bertunang pada 29 Jun tahun lalu di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.
Untuk rekod, Azri mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian dengan Ellie Suriaty selama 19 tahun.
Pasangan itu bercerai talak satu pada 17 Mei lepas dan Azri turut mempunyai tiga anak menerusi perkahwinannya yang pertama.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source