Janna Nick Dah Minta Maaf Kepada Ustaz Wadi
Pelakon Janna Nick berkata dia tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi Annuar ketika majlis resespinya menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga pendakwah itu dikecam.
Memetik mStar Online, Janna berkata naitnya menjemput pendakwah itu untuk memohon keberkatan daripada Allah agar majlisnya berjalan lancar.
BACA: Honeymoon Di Pantai, ‘Bodyguard’ Teman Janna Nick & Dini Schatzmann
Menurut Janna lagi, dia memohon maaf serta mengakui kesilapannya bahawa majlis tersebut tidak sesuai dengan kehadiran pendakwah berkenaan.
“Tujuan saya menjemput ustaz ke majlis adalah kerana pada malam sebelum hari pernikahan kami adakan bacaan doa selamat dan Yasin. Malam itu juga dia ada menyampaikan ceramah bertajuk ‘memimpin isi rumah ke syurga’.
“Saya undang dia ke majlis perkahwinan sekali dan tak tahu kalau dalam Islam ini orang dah jemput wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf… saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.
“Niat saya cuma memohon keberkatan meminta seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Janna memberitahu dia sudah membuat pemohonan maaf kepada pendakwah berkenaan serta enggan memanjangkan isu itu lagi.
“Ustaz Wadi dah buat penerangan bagi pihak dia dan saya pun tak nak panjangkan perkara ini kerana saya menghormatinya dan para ulama yang berada di Malaysia sebab mereka adalah ilmuan yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada kita.
“Saya sebagai orang yang cetek ilmunya ini sangat menghormati mereka, saya rasa diri ini sangat hina jika dibandingkan dengan mereka.
“Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi… kalau dia pun sudah maafkan saya harap semua boleh hentikan isu ini,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source