Harimau Malaya patut ledak lebih empat gol
KUALA NERUS: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon belum berpuas hati dengan jentera serangan pasukan negara meskipun menang 4-1 ke atas Kepulauan Solomon kelmarin.
Tegasnya, Malaysia seharusnya memenangi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 itu dengan lebih selesa dan mampu menjaringkan lebih daripada empat gol.
Pengendali berasal Korea Selatan itu berkata, ketiadaan penyerang tulen untuk mengetuai barisan hadapan sedikit menjejaskan rentak permainan skuad negara.
“Kami bermula dengan langkah sumbang gara-gara kesilapan yang membawa kepada gol pendahuluan pasukan lawan, namun saya gembira pemain memberi reaksi positif selepas daripada itu.
“Berdasarkan persembahan malam ini (kelmarin), Malaysia berhak untuk memenangi perlawanan dengan kelebihan jaringan lebih besar dengan deretan peluang yang ada.
“Jika berdepan lawan lebih sukar dan melepaskan peluang terhidang seperti ini, sudah tentu kita akan dihukum,” katanya.
Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Harimau Malaya dikejutkan gol pelawat daripada Raphael Lea’i seawal minit ke-11 berpunca kesilapan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Anak-anak buah Pan Gon bagaimanapun bangkit dengan dua gol di hujung babak pertama menerusi Paulo Josue, minit ke-40, disusuli sepakan penalti Aiman Arif Hanapi (m-45).
Pemain gantian, Safawi Rasid kemudian melakukan voli menarik minit ke-77 sebelum Lee Tuck melengkapkan kemenangan 4-1 dalam masa kecederaan.
Tambah Pan Gon, secara positif dia melihat keupayaan Harimau Malaya mencipta banyak gerakan menarik walaupun dinafikan penjaga gol, Phillip Mango yang beraksi cemerlang.
“Ini bukan perlawanan yang mudah buat kami dan apa yang penting pemain belajar sesuatu daripada pertemuan dengan Kepulauan Solomon untuk aksi berikutnya.
“Apa pun saya gembira Malaysia dapat mengekalkan rentak kemenangan di gelanggang sendiri dan harus melakukan persiapan lebih rapi bertemu Papua New Guinea pada Selasa,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source