Faezah Elai masih ‘terpijak’ rezeki
PETALING JAYA – Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, pelakon Faezah Elai berlapang dada dengan tempelan ‘artis sendu’ namun bersyukur masih dikurniakan rezeki sehingga hari ini.
Wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui, pembabitan seninya tidak lagi seaktif dulu.
“Status saya sebagai ibu memerlukan saya beri perhatian rapi kepada anak. Saya tidak pernah menyesali jalan yang dipilih ini. Ikutkan tawaran berlakon drama dan filem tidak pernah putus sampai saat ini.
“Cuma saya terpaksa menolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri.
“Saya akan pertimbangkan jika ada tawaran daripada pengarah dan produksi lain, andai watak dan waktunya sesuai dengan jadual saya terutamanya pada musim cuti sekolah,” katanya.
Faezah atau nama sebenarnya, Noor Faezah Md Elai berkata, dia tidak menyangka biarpun dilabel sedemikian, sahamnya masih tinggi apabila dilamar sebagai wajah kempen Aidiladha pakaian jenama Mawar Cotton.
Faezah yang juga isteri kepada pengarah Heykal Hanifah itu mengakui, dia amat terkejut dan bagai tidak percaya apabila menerima lamaran untuk menjadi wajah kempen koleksi pakaian Hajeera Edition itu.
“Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini,” kongsi Faezah.
Tambah ibu kepada Luqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca itu, dia tidak menyangka keikhlasannya membuat ulasan (review) pakaian jenama berkenaaan sekitar empat tahun lepas mendatangkan rezeki kepadanya.
“Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati dengan ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram saya sekitar tiga atau empat tahun lalu.
“Ulasan saya itu membuatkan pihak mereka tidak menang tangan melayan tempahan daripada pelanggan,” katanya.
Koleksi Aidiladha Hajeera Edition keluaran jenama Mawar Cotton memiliki 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) telah mula dilancarkan pada 9 jun lalu. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source