‘Ramai pertikai saya di konsert Coldplay’
PETALING JAYA: Penyanyi rap, Bunga Isme terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan pemilihannya untuk membuat persembahan pembukaan sempena konsert Coldplay November depan.
Tegas Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari (gambar), pemilihannya tidak seharusnya menjadi pertikaian hanya disebabkan dia baru dan kurang berpengalaman.
“Membuat persembahan di hadapan 85,000 pengunjung adalah satu perkara yang sangat besar. Saya akui masih baru dalam industri. Namun, saya buat berikan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam persediaan menjelang konsert itu nanti.
“Saya teruja dan gementar pada masa yang sama. Yang penting, saya dapat memperkenalkan budaya dan muzik kita kepada orang luar termasuk Coldplay.
“Ramai pertikaikan mengapa saya yang menjadi opening act untuk konsert mereka. Disebabkan itu saya kena buktikan dan mengharapkan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Bakal membawakan dua buah lagu iaitu ‘Buai’ dan ‘Intan Payung’ dalam acara pembukaan itu nanti, Bunga menyifatkan peluang ini sebagai rezeki terpijak buatnya yang merupakan peminat Coldplay sejak kecil.
“Sebenarnya saya sudah dimaklumkan mengenainya (menjadi artis pembuka konsert) dua bulan sebelum tiket dijual lagi. Sejujurnya saya sendiri terkejut bagaimana saya boleh dipilih.
“Saya membesar dengan lagu-lagu Coldplay, saya tahu peminatnya bagaimana, penampilan mereka di atas pentas pula bagaimana.
“Sekarang saya sedang kumpulkan band pengiring mengiringi persembahan saya nanti,” ujarnya.
The post ‘Ramai pertikai saya di konsert Coldplay’ appeared first on Utusan Malaysia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source