“Mak Cakap Pakai Biasa Je, Makin Lama Orang Membenci, Itu Semua Doa”
Selepas dikritik teruk oleh netizen susulan pakaiannya yang berlebihan ketika hadir sebagai juri Big Stage, penyanyi Aina Abdul akur dengan kecaman netizen.
Memetik Kosmo, Aina berkata dia memilih untuk bersederhana dalam berpakaian serta tidak mahu kecaman buat dirinya memberi kesan terhadap ibunya.
BACA: “Selain Face Shaming, Ada Yang Mahu Boikot Saya” – Aina Abdul
“Saya juga manusia biasa, saya ada hati sama juga macam semua orang, rasa tak seronok bila kita buat sesuatu, kita asyik fikir apa orang suka dan tak suka. Saya sebenarnya sudah letih dengan kecaman sedemikian.
“Memang betul kena abaikan haters tapi saya kena fikirkan juga perasaan mak saya memandangkan mak saya sentiasa mengikuti perkembangan saya di platform media sosial, mak baca komen,” katanya.
Dalam pada itu, Aina berkata dia mengambil pendekatan tidak berlebihan dalam fesyen selepas menerima nasihat daripada ibunya.
“Mak adalah penyampai maklumat saya selain pengkritik utama, bila dia nasihatkan saya berkaitan pakaian, saya perlu akur dengan permintaan mak juga.
“Mak cakap, tak payahlah (pakai baju pelik), pakai biasa je, makin lama orang membenci, itu semua doa,” kongsinya.
Sementara itu, Aina berkata dia akur dengan permintaan netizen namun tidak akan meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang memang sinonim dengan dirinya.
“Saya akur dengan netizen cakap, kadangkala okey untuk kata ‘YA’ pada permintaan netizen. Saya tidak rasa nak lawan netizen atau lemah sebab ikut kata mereka namun saya percaya pada akhirnya, pakaian tetap pakaian, kalau netizen suka pakaian saya macam ini (sederhana) syukurlah.
“Jujurnya saya ada macam-macam idea baju untuk Big Stage tapi takpelah saya simpan dan pakai masa konsert saya sendiri nanti,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source