Anak ibu bapa disenarai hitam tidak harus hilang peluang belajar
PETALING JAYA – Anak-anak tidak harus menjadi mangsa hilang peluang belajar di institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) hanya kerana ibu atau bapa mereka termasuk dalam senarai hitam kewangan.
Setiausaha Agung UMNO yang juga Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai menjadi mangsa juga bukan kerana ibu atau bapa tidak bayar hutang, tetapi kerana menjadi penjamin kepada orang yang berhutang.
“Menyenarai hitam sehingga anak tiada lagi peluang untuk belajar atau dibiaya di institusi Mara dan isu bayar balik hutang dengan cara menstrukturkan jadual pinjaman adalah dua isu berbeza.
“Yang diusulkan adalah anak-anak tidak harus menjadi mangsa hilangnya peluang belajar dan dibantu hanya kerana ibu bapa tersenarai hitam. Hutang tetap wajib dibayar tetapi anak-anak tidaklah pula menjadi mangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, beliau memaklumkan satu resolusi penting dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023 adalah Mara mengkaji semula dasar memangsakan pelajar cemerlang akibat ibu bapa mereka disenarai hitam kerana gagal melunaskan hutang. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source