‘Hentikan gurauan MH370, anak saya masih trauma’ – Intan Maizura
PETALING JAYA – “Sudah sembilan tahun dan selamanya akan menjadi trauma bagi setiap keluarga MH370 termasuk anak-anak saya,”
Demikian luahan keluarga mangsa tragedi MH370, Intan Maizura Othaman, 43, berhubung keadaan anak-anaknya yang terkesan akibat jenaka keterlaluan yang dibuat pelawak komediri Jocelyn Chia baru-baru ini.
Isteri kepada pramugara iaitu Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan itu turut berkongsi sebuah video klip di Instagramnya menunjukkan salah seorang anaknya menangis selepas menonton video pelawak terbabit.
Intan Maizura berkata, dia tidak berniat untuk berkongsi perkara itu secara terbuka, namun isu Jocelyn telah mengguris hatinya selain membuatkan anak-anaknya sedih.
“Mungkin anda boleh berkongsi dengan kami apa itu jenaka sebenar. Untuk orang yang tidak tahu apa yang saya alami sebenarnya. Ini, klip untuk anda.
“Saya tidak nampak sebab mengapa saya perlu berkongsi dan saya tidak berminat untuk memperoleh apa-apa daripada kesengsaraan kami. Bagi saya, ini sepatutnya menjadi privasi dan harus dikendalikan secara peribadi.
“Bagaimanapun, isu-isu ini benar-benar membuatkan anak-anak saya sedih dan marah,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang pengguna yang meminta supaya ahli keluarga MH370 menerima kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, katanya, tragedi MH370 tidak sepatutnya dijadikan bahan komedi yang mana perbuatan terbabit adalah sungguh menyedihkan dan sangat keji.
“Saya rasa orang ramai perlu melihat untuk mereka mempercayainya.
“Izinkan saya memperkenalkan anak saya, Muhammad. Dia dilahirkan dua bulan selepas kejadian MH370. Dia akhirnya melihat pertunjukan Jocelyn secara tidak sengaja di TikTok.
“Adakah kamu tahu bahawa anak-anak saya memiliki hati? Mereka sangat merindui papa mereka, dan Muhammad merindui bapanya,” jelasnya.
Jelasnya lagi, dia meminta agar diberikan ruang untuk berehat dan meminta untuk menghentikan segala gurauan tentang MH370 yang boleh menyinggung perasaan.
“Guna otak dan tahan lidah dari menyakiti orang. Tak sama ya ayah meninggal ada kuburnya dan orang yang hilang tanpa khabar berita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source