Wanita terima 50 rantai, wang tunai RM983,000 ketika bertunang
HANOI – Sebuah majlis pertunangan mewah satu pasangan dari Vietnam yang melibatkan hantaran berupa wang tunai serta berpuluh-puluh utas rantai emas mendapat perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.
Bakal pengantin perempuan dilaporkan menerima kira-kira 50 utas rantai emas dan wang tunai berjumlah kira-kira 5 bilion dong (RM982,888).
Laporan media tempatan menyatakan, majlis pertunangan itu berlangsung Sabtu lalu yang melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun dan tunangnya yang berusia 23 tahun. Mereka dikatakan baru dua bulan menjalinkan hubungan cinta.
Pengantin lelaki mendedahkan dia dan pasangannya masih belum mengira jumlah keseluruhan rantai emas yang diterima tetapi menganggarkan sekitar 50 utas.
Ibu bapa wanita berkenaan menghadiahkan 20 utas rantai leher dan 5 bilion dong secara tunai manakala rantai leher selebihnya dihadiahkan daripada saudara-mara yang lain.
Dia merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan dari sebuah universiti di bandar raya Ho Chi Minh.
Keluarganya memiliki perniagaan motosikal dan hartanah manakala keluarga pengantin lelaki terlibat dalam industri pakaian dan peralatan tempat tidur. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source