Pemandu Grab maut kereta dirempuh lori
SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 92.1 Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan dekat Bedong petang tadi.
Mangsa, Mohd Nazri Elias,50, yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 3.10 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata,kejadian berlaku ketika kereta jenis Proton Persona dinaiki mangsa berhenti di lorong kecemasan tetapi bahagian tayar hadapan dan belakang berada di lorong kiri.
” Ketika kejadian kereta dipandu mangsa dan lori jenis Isuzu yang dipandu Abdul Halim Murugan Abdullah,51, dari arah Plaza Tol Gurun ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan.
“Sebaik berhenti di luar lorong kecemasan itu,mangsa keluar dari kenderaannya dan dalam masa sama lori yang berada di lorong kiri laluan tidak sempat mengelak lalu melanggarnya dan bahagian tepi kanan keretanya,” katanya.
Mangsa yang beralamat di Felda Chuping, Kangar, Perlis maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori yang beralamat di Felda Kerteh 5, Dungun, Terengganu tidak mengalami sebarang kecederaan.-KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source