Akhbar masih lagi relevan – Anwar
IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akhbar masih lagi berupaya memainkan peranan penting dan bertahan sekiranya ia mengekalkan mutu serta integritinya.
Justeru, katanya, penerbitan akhbar masih lagi relevan biarpun wujud pelbagai media sosial yang turut menyajikan berita-berita terkini bagi orang ramai pada hari ini.
“Saya masih lagi mewakili pemikiran yang lama. Saya masih lagi melihat perkembangan di media sosial.
“Saya masih wajib membaca surat khabar setiap hari, ia satu perkara wajib yang saya teruskan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Hotel [email protected], di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, para penggiat industri perlu menggarap nilai integriti yang tinggi agar industri tersebut serta pada masa sama kekal relevan dan mengekalkan kualiti penerbitan berita dalam setiap terbitan.
Pada masa sama, beliau turut berpandangan bahawa surat khabar masih memiliki peranan yang tinggi dan wajar di negara ini. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source