“Tak Sangka Sampai Sekarang Saya Belum Kahwin Lagi, Umur Nak Cecah 40”
Usia hampir mencecah 40 tahun, pelakon Zarina Zainoordin berkata dalam keluarganya hanya dia sahaja yang belum berkahwin.
Memetik Harian Metro, Zarina berkata bekas kekasihnya semua sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi dia masih belum mendirikan rumah tangga lagi.
“Tak sangka sampai sekarang saya belum kahwin lagi. Umur dah nak cecah 40. Bercinta dari zaman sekolah tapi tak kahwin lagi.
“Dulu saya fikir lepas sekolah dah nak kahwin. Orang yang pernah berkawan dengan saya (bekas kekasih) semuanya dah kahwin dan ada anak. Saya sahaja belum,” katanya.
Menurut Zarina lagi, dia juga tidak terlepas dengan pertanyaan soal jodoh kerana baginya itu perkara biasa yang akan ditanya.
“Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey.
“Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja. Normallah orang nak tanya. Kalau yang perli-perli suka hati merekalah. Benda itu bukan kerja kita,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina mengakui sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu yang merupakan ahli perniagaan.
“Saya nak kahwin, nak sangat. Cuma untuk kahwin belum tahu waktunya kerana kami masing-masing jenis cari duit. Dia berusia 52 tahun dan berstatus dua anak.
“Tunggulah dia fokus pada anak-anak sampai besar sikit. Dia seorang ahli perniagaan dan kami kenal menerusi kawan-kawan. Dialah teman lelaki yang paling lama saya berkawan. Tak sangka juga saya paling lama kawan dengan dia,” katanya.
Sementara itu, Zarina berkata hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini putus kerana tiada persefahaman dan mengakui dirinya seorang yang garang.
“Saya seorang wanita bekerjaya yang terlampau garang, tegas dan apa pun tak boleh. Lelaki pun tak tahan dengan sikap saya. Sekarang saya dah rendahkan ego, tidak panas baran lagi. Saya mengaku dulu memang jenis panas baran sedikit.
“Rasanya saya lebih kena dengan pasangan yang lebih tua kerana dulu kekasih saya muda. Kekasih sekarang pandai ambil hati,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source