Sentuhan moden baju kurung
BAJU kurung merupakan busana wajib bagi wanita di Malaysia untuk kelihatan anggun, dan menjadi antara item wajib dalam almari kaum hawa.
Selain mudah digayakan sebagai pakaian harian ke pejabat, ia juga sesuai dengan cuaca di negara ini.
Blaus baju kurung biasanya mempunyai potongan longgar dan selesa, dengan lengan panjang mencapai pergelangan tangan.
Material yang digunakan untuk blaus adalah ringan seperti kapas atau sutera.
Reka bentuk leher berbeza-beza, daripada bulat atau V hingga ke rekaan yang lebih rumit dengan sulaman atau renda manakala skirt pula berukuran panjang hingga ke pergelangan kaki dengan pelbagai potongan.
Tips saya apabila ingin menggayakan baju kurung, pilih gaya pilihan anda sama ada klasik tradisional, minimalis, sentuhan moden atau kasual.
Untuk gaya klasik tradisional, pastikan pemilihan material kain dan perincian bersesuaian serta hiasi dengan aksesori seperti cincin, gelang dan tudung.
Bagi minimalis, pilih reka bentuk lebih sederhana dengan warna kain yang neutral atau pastel dan hindari sulaman rumit bagi memberikan kesan yang bersih, moden serta elegan.
Sentuhan moden pula, pilih kain atau reka bentuk kontemporari seperti potongan asimetri atau lipit-lipit pada blaus atau skirt. Ini memberikan penampilan yang lebih segar dan unik. Manakala baju kurung dengan gaya kasual, mempunyai reka bentuk longgar dan nyaman dengan penggunaan material seperti kain cotton berwarna cerah dan menyegarkan, sekali gus membuat diri anda kelihatan lebih muda.
Untuk minggu ini, pilihan saya adalah baju kurung dari koleksi Kurung June keluaran jenama tempatan, Habra.
Motif bunga dan potongan skirt duyung atau mermaid menyerlahkan lagi keayuan si pemakai.
Kurung June sesuai digayakan bagi majlis perkahwinan atau ke pejabat kerana materialnya, Valentino Silk yang selesa.
Potongan skirt duyung sesuai untuk mereka yang mempunyai pinggul dan paha yang seimbang dengan bahu dan dada, lantas memberikan penampilan anggun dan mempesonakan.
Namun, harus diingat tidak semua potongan pakaian sesuai untuk semua orang kerana setiap individu mempunyai bentuk badan unik.
Oleh itu, adalah penting untuk mencuba dahulu sesuatu busana bagi melihat kesesuaiannya dengan potongan badan dan keselesaan yang diingini. – UTUSAN
-Oleh Penganalisis Fesyen, Dr. Zuhaili Akmal Ismail
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source