Sektor perindustrian, pelancongan berpotensi dikembangkan di Perlis
KANGAR: Sektor perindustrian dan pelancongan berpotensi diperkasakan di Perlis bagi mengembangkan lagi ekonomi negeri ini yang sebelum ini hanya tertumpu kepada bidang pertanian.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, pihaknya melihat sektor pelancongan dapat menjadi keutamaan dalam menjana hasil negeri selaras dengan pembangunan ekonomi semasa.
Beliau berkata, bagi tujuan itu, akses kemasukan pelancong ke negeri ini boleh dipertingkatkan lagi dalam memudahkan pengunjung yang ingin ke negeri ini.
“Menteri Besar Perlis juga sudah memaklumkan mengenai kepentingan sektor pelancongan negeri Perlis yang mampu membawa nilai tambah kepada ekonomi negeri.
“Kita pun setuju (sektor pelancongan) kerana ia penting malah melalui pelaksanaan pembangunan semula Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di kawasan sempadan negeri itu dilihat dapat menarik pelancong terutama dari Thailand dan juga pelancong yang tiba menerusi perjalanan feri dari Langkawi,” katanya selepas Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Bankuet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Hadir sama dalam sesi berkenaan adalah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli bersama barisan Exco kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, sektor perindustrian di Perlis baharu sahaja bermula dan kerajaan negeri turut berhati-hati bagi menerima sebarang pelaburan yang bakal dibawa masuk ke sini.
“Kerajaan negeri kena pastikan setiap pelaburan yang masuk dapat memberi peluang pekerjaan buat anak Perlis supaya mereka tidak merantau ke luar,” katanya.
Mengulas mengenai program berkenaan, Mohd Shukri berkata, pihaknya sememangnya tidak berpuas hati dengan pencapaian semasa ekonomi negeri seperti yang dibentangkan dalam sesi libat urus tersebut dan akan cuba melaksanakan penambahbaikan selepas ini.
Katanya, sesi itu merupakan satu input yang baik sebagai panduan buat kerajaan negeri bagi meningkatkan pencapaian selepas ini dengan bantuan daripada Kementerian Ekonomi.
“Saya juga harap program sebegini dapat dilaksanakan oleh kementerian-kementerian lain untuk pastikan kerajaan negeri dan Persekutuan seiring dalam membangunkan negeri ini,” katanya.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source