Kerajaan negeri bentang RUU Hotel Perak 2023
IPOH – Rang Undang-Undang (RUU) Hotel Perak 2023 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di negeri ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching.
Menurut Sandrea Ng, RUU Hotel 2023 itu akan menggantikan Enakmen Rumah Tumpangan 1927 yang telah berusia 96 tahun dan disifatkan telah lapuk.
“Setelah 96 tahun Enakmen Rumah Tumpangan 1927 mentadbir industri rumah tumpangan di Perak, sudah masanya perundangan ini ditambah baik selari dengan perkembangan keperluan pengunjung.
“Penggubalan RUU Hotel Perak 2023 ini juga diperlukan untuk melonjakkan lagi industri perhotelan kerana penyeragaman kualiti perkhidmatan hotel akan memberi manfaat kepada penggiat industri perhotelan dan pengunjung,” katanya.
Menurut Sandrea Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, menerusi penggubalan RUU itu juga, tafsiran hotel akan diperluaskan kepada semua jenis tempat menumpang, bermalam atau berlindung.
Katanya, ia akan membuka peluang kepada semua pengusaha hotel dan rumah tumpangan, chalet, rumah-rumah rehat, khemah dan housebot yang sebelum ini tidak dapat didaftarkan untuk mendapatkan lesen hotel dari pihak berkuasa.- KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source