Kerap minum air, pakai pakaian cerah elak strok haba
BERITA kematian kanak-kanak berusia 11 tahun dan 19 bulan pada April lalu di Kelantan mengejutkan ramai pihak. Insiden yang meragut nyawa itu dikaitkan dengan cuaca panas berpanjangan ketika ini.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia 2023, fenomena gelombang haba berterusan di Eropah pada pertengahan 2022 menyebabkan lebih 20,000 kematian akibat strok haba. Di Malaysia, 200 kes berkaitan haba dilapor yang mana 22 kes adalah berkaitan strok haba.
Kejadian strok haba berbeza bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk setempat. Risiko strok haba adalah tinggi apabila berada dalam keadaan suhu sekeliling melebihi 39.2 darjah Celsius.
Di beberapa negeri seperti Kedah, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang panas dengan suhu dijangka meningkat sehingga 37 darjah Celsius.
Ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba adalah disebabkan peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40 darjah Celsius atau lebih tinggi lagi berbanding suhu badan normal 37 darjah Celsius.
Pakar Perunding Endokrinologi Pediatrik Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ch’ng Tong Wooi berkata, keadaan tersebut dikenali sebagai hipertermia.
Menurut beliau, strok haba bukan sahaja boleh berlaku kepada manusia, tetapi juga terhadap haiwan.
“Golongan yang berisiko terkena strok haba ialah kanak-kanak, warga emas terutama yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubat-ubatan.
“Para atlet terutama yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari, pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari seperti petani, nelayan atau buruh kasar turut terdedah kepada risiko ini.
“Selain itu, individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama,” katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Jabatan Kokurikulum, Pusat Pembelajaran Bahasa, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Dr. Erwan Ismail memberitahu, antara cara yang boleh dilakukan untuk mencegah strok haba ialah meminum air secara kerap dan konsisten.
Menurut beliau, ibu bapa atau masyarakat perlu mengehadkan masa di kawasan yang lapang terdedah kepada cahaya matahari seperti taman permainan atau padang.
“Kita juga boleh mengamalkan dengan mengenakan pakaian yang berwarna cerah berbanding gelap serta mandi secara kerap.
“Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda strok haba seperti tidak berpeluh, suhu badan meningkat, kulit kering, nadi kuat serta laju, sakit kepala dan tidak sedar boleh merujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source