Feri Langkawi terkandas, kipas enjin tersangkut tali
KUALA PERLIS – Sebuah feri yang membawa kira-kira 140 penumpang termasuk kru dilaporkan terkandas di perairan ini kira-kira pukul 9 malam ini.
Feri tersebut terkandas pada jarak 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis iaitu berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis.
Pengangkutan tersebut berlayar dari Langkawi kira-kira pukul 7 malam tadi dan dipercayai sudah terkandas lebih tiga jam.
Kejadian dipercayai berlaku akibat masalah teknikal pada kipas kerana tersangkut tali, walau bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada ia tali pukat nelayan atau tali hanyut.
Maritim Malaysia (APMM) pada masa ini menggunakan asetnya untuk memantau keadaan feri.
Syarikat feri telah menghantar sebuah bot nelayan tempatan untuk menunda feri berkenaan ke terminal feri. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source