Tambah baik proses, peraturan dalam membawa masuk pelaburan ke Perlis
ARAU: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat berharap agar Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus menerus melipatgandakan usaha bagi membantu untuk mempromosikan serta menarik minat pelabur datang ke negeri ini. .
Dalam hal ini, baginda juga amat berharap agar segala proses dan peraturan di Perlis akan sentiasa ditambah baik dalam usaha membawa masuk lebih banyak pelaburan ke negeri ini.
“Tunjukkan sifat mesra pelabur dengan memberi fasilitasi dan memudah cara urusan mereka.
“Melalui penambahbaikan dan pendekatan ini, diharap akan mampu meletakkan Perlis sebagai salah satu destinasi baharu yang menarik untuk dibuat pelaburan di negara ini,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Oran dan Kampung Tasoh di sini hari ini.
Masing-masing menerima sumbangan RM700 dengan jumlah penuh daripada MAIPs bernilai RM98,000 dalam program yang diadakan di Masjid As-Syakirin, Kampung Oran, Mata Ayer.
Pada kesempatan sama baginda juga mengharapkan supaya Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan dengan positif projek-projek keutamaan yang dipohon dibawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke12seperti ICQS Wang Kelian, Pembinaan Kompleks Ambulatory Care Centre, Pembangunan Infrastruktur Nakawan Border Industrial Park, Perlis Geopark, Kompleks Rakan Muda dan Hub Perikanan.
Kesemua projek yang dipohon ini adalah selari dengan dasar-dasar sedia ada negeri yang akan menyokong kepada pembangunan serta merealisasikan hasrat Perlis menjadi negeri bandar raya menjelang 2030.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source