Bukan Hina B40, Ryzal Ibrahim Enggan Minta Maaf
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil menjelaskan mengenai video dikongsikan olehnya yang dikatakan seolah menyindir golongan B40.
Memetik Oh Bulan, Ryzal berkata video tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada B40 dimana memaparkan realiti kehidupan golongan berkenaan namun tidak sangka disalah anggap oleh netizen.
BACA: Isu DNA Anak, Ryzal Ibrahim Nekad Heret Netizen Ke Mahkamah
Menurut Ryzal lagi, video tersebut menunjukkan mengapa perlu berbelanja banyak sedangkan tiada duit dan akhirnya sehingga berhutang.
“Sebenarnya video itu menceritakan realiti apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang. Saya lihat konten saya bukan satu hinaan.
“Video itu sebenarnya beri kesedaran untuk golongan B40 berjimat tetapi disalah ertikan. Kalau tahu tiada duit kenapa perlu berbelanja banyak sehingga berhutang.
“Mungkin golongan macam ini (B40) sangat sensitif dengan sindiran. Sepatutnya saya beri kesedaran itu kenalah berterima kasih,” katanya.
Sementara itu, Ryzal berkata kecaman diberikan netizen tidak memberi kesan pada dirinya dan dia tidak akan memohon maaf kerana tahu dirinya tidak bersalah.
“Kecaman yang diterima masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya tak rasa itu satu kesan kepada saya. Mungkin mereka tidak faham maksud sebenar disebalik video tersebut, mereka tidak memahami isi tersirat.
“Namun ada juga yang mesej saya dan beritahu mereka minta maaf kerana tidak faham maksud sebenar pada awalnya. Tetapi lebih jelas selepas tonton video penjelasan.
“Mereka perlu sedar perbelanjaan mereka lebih dari pendapatan. Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak salah,” katanya.
Dalam pada itu, Ryzal berkata dia akan lebih berhati-hati dengan apa yang dikongsikannya di media sosial selepas ini. Namun dia tidak tahu jika hilang pengikut kerana yakin rezeki itu daripada Allah.
“Semasa saya post video tersebut hanya mahu kongsikan ruti kehidupan saya. Namun jika saya post begitu akan kelihatan saya macam mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi saya tidak menggambarkan itu kerana ramai yang ingin hidup senang tetapi tidak namun.
“Saya fikir video itu bagus untuk gurauan dan sindiran tetapi ia menjadi satu isu yang besar. Cuma konten sebegitu saya akan lebih berhati-hati akan datang.
“Saya pun tidak takut jika kehilangan pengikut kerana rezeki datang dari Allah. Saya tidak pernah takut jika jatuh atau pengikut lari,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source