“Arwah Hidap Sakit Jantung Sejak 3 Tahun Lalu, Rahsiakan Takut Tiada Tawaran Kerja”
Pelakon Didie Alias berkata mereka sekeluarga tahu mengenai sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim.
Memetik Harian Metro, Didie berkata dia pernah berbincang dengan anak-anak serta meminta untuk menemani bapa mereka kerana bimbang akan pelakon itu yang tinggal sendirian.
BACA: Didie Alias Failkan Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Datuk Rafiena
“Kami semua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.
“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.
“Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya. Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” katanya.
Sementara itu, Didie berkata anak lelaki mereka Dhanial sedih kerana akan mendirikan rumah tangga 20 Mei ini tanpa kehadiran ayahnya.
“Dhanial akan bernikah pada 20 Mei nanti. Jadi, itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.
“Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya,” katanya.
Dalam pada itu, Didie turut meluahkan rasa syukur mereka sekeluarga dapat berkumpul semula dan meraikan Aidilfitri bersama.
“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya. Kami dalam keluarga panggilnya ‘baby’ sebab kami menjaganya seperti anak kecil.
“Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia,” katanya.
Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga dengan Ridzuan pada 1991 dan bercerai pada 2002. Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source