“Saya Anggap Itu Karma, Dulu Dia Mengata Saya Macam-Macam Kan”
Penyanyi Ifa Raziah turut tidak melepaskan peluang untuk mengulas mengenai isu yang membabitkan penyanyi popular, Datuk Hattan susulan tindakannya ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita baru-baru ini.
Menerusi sesi live di TikTok, Ifa berkata pembaca berita tersebut tidak sepatutya dipersalahkan sepenuhnya kerana pihak produser adala pihak yang perlu bertanggungjawab.
BACA: Rakan Dakwa Hattan Tak Tahu Itu Program Live?
Menurut Ifa, dia pernah menjadi pengacara sebuah program selama lapan tahun dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
“Tidak boleh nak salahkan pembaca berita kerana soalan-soalan yang disediakan datangnya daripada produser. Semuanya akan dimaklumkan menerusi ear piece yang pembaca itu pakai di telinga mereka.
“Saya cakap secara general memandangkan saya juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa program selama lapan tahun.
“Kadang-kadang sebagai manusia kita tidak lari daripada buat silap, terlepas pandang. Produser juga perlu melakukan research juga, jangan harapkan pengacara. Pengacara juga perlu alert dengan isu-isu semasa,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa turut menegur sikap Hattan yang menjawab dengan cara begitu apatah lagi penyanyi itu seorang yang berpengalaman dalam industri.
“Mungkin waktu itu Datuk Hattan sedang bad mood, sebab kita tidak tahu apa situasi di rumahanya masa itu. Mungkin baru bangun tidur, sebab orang bangun tidur kan tengah mamai, baru lepas makan ubat ke.
“Bagaimanapun, cara Datuk Hattan menjawab tidak boleh lah begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Macam mana pun, keadaan Datuk Hattan mungkin juga sedang bersedih ketika itu.
“Walaupun berpangkat Datuk dan orang hebat dalam industri tidak boleh lah macam itu kan, sebab mesti dah dimaklumkan akan disiarkan secara live di tv, kalau rekod boleh edit. Saya sebagai orang yang melihat insiden itu, ada salah pada kedua-dua pihak,” katanya.
Sementara itu, Ifa sempat berseloroh mengatakan apa yang berlaku ke atas Hattan ini adalah karma buatnya.
“Saya sebenarnya tak mahu ulas sangat isu pasal orang lain. Tapi saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source