Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan, Fadlan Perlu Lalui Ujian Kejantanan
Dalam diam rupanya, pelakon Fadlan Hazim mengesahkan sudah bertunang dengan wanita Kazakhstan iaitu Aiya Mukhamedsalova pada 1 Oktober tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Fadlan berkata majlis tersebut berlangsung di kediaman wanita terbabit di Kazakhstan. Tiada niat untuk menyorok mengenai majlisnya, Fadlan berkata dia bimbang jika apa yang dirancang tidak menjadi.
“Saya berjumpa dengan keluarganya secara sendirian di Kazakhstan pada Oktober tahun lalu. Majlis pertunangan kami hanya berlangsung secara ringkas dan hanya membabitkan anggota keluarganya sahaja,” katanya.
“Saya tidak bermaksud mahu menyorokkan majlis pertunangan kami, cuma saya tidak mahu terlalu berkongsi mengenainya,” katanya.
Dalam pada itu, Fadlan turut berkongsikan mengenai budaya masyarat disana cukup unik dimana kaum lelaki yang ingin berkahwin perlu menjalani beberapa ‘ujian kejantanan’.
“Sebelum berkahwin, kaum lelaki di sana perlu melalui beberapa ujian bagi menguji ‘kelelakian’ serta kesungguhan untuk berumah tangga.
“Saya pun tak tahu perlu melalui ujian terbabit. Tunang saya juga tidak beritahu mengenai perkara itu. Cuba dia minta saya hanya lakukan sahaja apa yang disuruh. Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan di atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.
“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” katanya.
Tambah Fadlan lagi, majlis perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung tahun ini namun belum pasti lagi tariknya dan kini sedang sibuk menguruskan dokumen perkahwinan.
“Belum ada tarikh yang pasti lagi. Buat masa ini, saya sibuk menguruskan dokumen berkaitan kerana ia membabitkan perkahwinan dengan warga asing dan di luar negara.
“Saya juga percaya sudah sampai masanya untuk saya berkahwin kerana semua kawan-kawan sudah beristeri dan usia pun semakin meningkar,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source