1,147 kes kemalangan direkodkan – Utusan Malaysia
PETALING JAYA: Sebanyak 1,147 kes kemalangan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari kedua sambutan perayaan Aidilfitri di seluruh negara, kelmarin.
Jumlah berkenaan direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada hari ketiga pelaksanaan Op Selamat 20 bermula Khamis lalu.
JSPT dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu membabitkan 1,720 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.
Jelas kenyataan itu, kereta menjadi penyumbang utama kemalangan dengan jumlah 1,268 kes.
“Turut merekodkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu motosikal (209), pacuan empat roda (4WD) (102), kenderaan pelbagai guna (MPV) (85), van (36), lori (11), bas (tujuh) dan teksi (dua),” kata JSPT menerusi hantaran rasmi di Facebook semalam.
Sehubungan itu, JSPT menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melancarkan Op Selamat 20 sempena Aidilfitri bermula 20 hingga 27 April ini.
Acryl memaklumkan, operasi selama lapan hari tersebut dilaksanakan oleh JSPT dengan tema ‘Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi’.
Fokus utama operasi itu adalah memastikan kelancaran aliran trafik, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source