“Sebab Tu Cerai Bukan Di Tangan Isteri” – Zulin Aziz Dikecam, Netizen Anggap Suka Cari Perhatian
Pelakon Zulin Aziz memaklumkan bahawa hubungan antara dia dan suaminya, Farhan Norzaini sudah pun kembali pulih setelah kedua-duanya mengambil keputusan untuk berbaik semula.
Dia memaklumkan mengenai perkara baik itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini.
Zulin juga menganggap segala cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang perkahwinannya adalah satu dugaan buat mereka sebagai suami isteri.
Berkat doa semua, kita cuba lagi, kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.
Namun, di sebalik berita gembira itu, ada sesetengah netizen merasakan Zulin bersikap terburu-buru ketika berlakunya sesuatu dalam rumah tangga yang dibina.
Menjengah ke ruangan komen, Zulin dikatakan ‘kecoh’ dan membesarkan-besarkan sesuatu isu tanpa berbincang terlebih dahulu.
Hairan orang perempuan macam ni, sikit-sikit gaduh, fikir nak berpisah je. Sedangkan perkara tu boleh bincang lagi bukannya confirm dah berpisah.
Sebab tu cerai bukan di tangan isteri, kau tu artis, setiap perkara yang kau tulis boleh jadi viral dan mengundang fitnah.
Sebelum ini, Zulin menguar-uarkan bahawa dia sudah tidak lagi bersama suaminya kerana sudah tiada persefahaman antara mereka berdua.
Namun, hantaran tersebut telah dipadam tidak beberapa lama kemudian.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source