Yusof Haslam Dan Datin Patimah Dah Reda Sikap Syamsul – “Dia Pernah 3 Tahun Tak Balik Raya”
Memetik Harian Metro, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah berkata mereka berdua sudah reda dengan sikap anak, Syamsul Yusof jika tidak balik beraya pada tahun ini.
Maklum Yusof Haslam, dia dan isteri tidak ambil hati dan terpulang kepada Syamsul untuk pulang berhari raya bersama mereka kerana pintu rumah sentiasa terbuka untuknya.
Kalau dia balik raya, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, kami tak ambil hati. Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail, sudah reda.
Katanya lagi, Syamsul pernah tidak balik beraya bersama keluarga selama 3 tahun dan hanya pulang sekejap.
Syamsul pun sebelum ini pernah tak balik raya sampai tiga tahun. Lepas tu, dia ada balik sekejap. Tak apalah, bagi saya, saya redakanlah.
Dalam pada itu, Yusof Haslam turut mengulas persiapan hari lebaran yang akan disambut esok bersama keluarga.
Ujar pengarah itu, persiapan tahun ini dibuat secara sederhana dan mereka lebih menantikan kunjungan adik beradik dan saudara mara untuk datang ke rumah.
Sudah menjadi tradisi, keluarga itu yang mempunyai tujuh adik beradik akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah bagi meraikan kemeriahan hari raya Aidilfitri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source