Polis temui 21 mayat ahli kumpulan kultus diarah berlapar hingga mati
MALINDI, KENYA – Polis Kenya menemui 21 mayat selepas menggali sebuah kawasan di hutan berdekatan bandar Malindi, ketika siasatan dilakukan ke atas satu kumpulan kultus yang diarah berlapar sehingga mati, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Mayat kanak-kanak adalah antara yang ditemui dan polis berkata, ia menjangkakan menemui lebih banyak mayat.
‘Kubur’ cetek tersebut terletak di hutan Shakahola, di mana 15 ahli kumpulan Good News International Church diselamatkan minggu lepas.
Paderi Paul Mackenzie Nthenge, yang menjadi ketua kumpulan kultus tersebut kini ditahan dan sedang menanti perbicaraan di mahkamah.
Dia bagaimanapun menafikan terlibat dalam aktiviti tersebut dan tidak dibenarkan diikat jamin. Mackenzie menegaskan bahawa gereja kendaliannya telah ditutup pada 2019.
Menurut laporan, Mackenzie telah mengarahkan para pengikutnya agar tidak makan atau minum bagi membolehkan mereka bertemu dengan Tuhan.
Akhbar The Standard melaporkan pakar patologi akan mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan menjalankan beberapa ujian bagi menentukan sama ada mangsa-mangsa mati akibat kebuluran.
Polis menahan Mackenzie pada 15 April lalu selepas menemui mayat empat individu disyaki berlapar sehingga mati. – Agensi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source