Syamsul Dakwa Puteri Sarah Ada Hubungan Dengan Suami Orang Sejak Awal Perkahwinan
Nampaknya perang antara pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih tiada berpenghujung meskipun sudah di akhir Ramadan.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Syamsul meminta isteri pertamanya itu menerima takdir dia sudah berkahwin lagi satu dan tidak berdendam kerana ia akan memakan diri.
BACA: Puteri Sarah Ketawa Baca 44 Muka Surat Tuduhan Nusyuz Syamsul
Syamsul berkata lagi, Sarah sudah lama dapat surat tuntutan nusyuz itu serta meluahkan rasa hairan mengapa isterinya seolah baru dapat tahu mengenai kandungan permohonan tersebut.
“Allah, Sara dah dapat / baca surat nusyuz itu dah lama, masa proses JKP (Jawatan Kuasa Pendamai) dulu lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba ‘act’ (berlakon) ketawa sekarang?.
“Satu lagi, kalau kelakar kenapa bersungguh sangat nak saya tarik nusyuz hari tu ya masa kita berjumpa? Banyak kali saya ajak berjumpa sebelum ini berbincang dengan baik, tapi dia yang tak mahu. Hanya selepas saya fail nusyuz, barulah dia akhirnya mahu berjumpa suami. Kenapa?” katanya.
Syamsul turut mendakwa Puteri Sarah bimbang dengan permohonan nusyuz tersebut kerana ada bukti Puteri Sarah menjalin hubungan dengan suami orang sejak awal perkahwinan mereka.
“Jadi, habislah imej ‘isteri teraniaya’ yang kamu tunjukkan pada umum selama ini. Itu yang kamu risaukan.
“Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan kamu masih bersuami. Kamu sendiri yang beritahu saya hari itu masa kita berjumpa. Siap cakap, ‘jangan bagitau (bertahu) orang okey,” tulisnya.
Sementara itu, Syamsul berkata ketika perjumpaan mereka baru-baru ni, Puteri Sarah eminta bayaran purata RM10,000 sebulan dan aset wang ringgit RM400,000 dan dia bersetuju.
“Kamu sendiri yang letak dan suamimu setuju semuanya!. Siap kata, ‘jangan bagitahu orang yang saya minta ini sebab saya tahu ia jumlah yang tinggi.
“Suami kamu setuju saja dengan permintaan itu walaupun di media sosial kamu canang, ‘aku tak harap harta suami’. Jadi, sebab itulah semua orang nampak kami gembira di mahkamah hari tu semua orang nampak sebab dua-dua dah setuju. Kami sama-sama ‘happy’,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul berkata Puteri Sarah tiba-tiba menukar perjanjian itu menambah permintaan dengan aset jutaan ringgit, namun dia pula dituduh menukar perjanjian asal dan meminta diskaun untuk nafkah anak-anak.
Dalam pada itu, Syamsul turut berkata mereka berdua ada kesilapan masing-masing serta meminta isterinya itu berpisah secara baik demi anak-anak mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source